Posts

Showing posts from October, 2017

Kutupalong ke Kuala Lumpur

Image
Metro Mahaizura Abd Malik Ziaur (kiri) membantu mengajar anak Rohingya di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya, Pandan Indah Ampang:  “ Walaupun status kami tidak diiktiraf kerajaan Malaysia namun kehidupan di sini jauh lebih baik dan selesa berbanding kem penempatan di Bangladesh,” kata etnik Rohingya, Ziaur Rahman Abu Siddique yang menetap di negara ini sejak tiga tahun lalu. Menurut Ziaur Rahman, 24, yang dilahirkan di Buthidaung, Rakhine, Myanmar dia tiba ke negara ini pada November 2014 selepas lebih 20 tahun menetap di Kem Pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh sejak usianya 40 hari. “ Ibu membesarkan saya sendirian di kem itu apabila ayah hilang ketika menangkap ikan di lautan ketika usia saya dua tahun. “ Hidup di sana sangat susah dan banyak peraturan yang perlu kami patuhi umpama hidup dalam penjara dan semuanya bercatu,” katanya. Menurutnya, dia dan ibunya terpisah dalam satu insiden apabila dia diseludup sekumpulan sindiket pemerdagangan manusi