Makna Syawal bagi Rohingya
Bernama Tatkala umat Islam teruja menanti ketibaan Hari Raya Aidilfitri, Ziaur Rahman, 25, seorang etnik Islam Rohingya, hanya mampu termenung sedih mengenangkan keluarga dan kampung halamannya. Merupakan antara lebih 60,000 etnik Islam Rohingya yang berlindung di Malaysia, beliau berkata ini tahun ketiganya beraya di negara ini. "Saya tidak merasai nikmat sebenar berhari raya apabila terkenangkan nasib ibu dan keluarga di Wilayah Rakhine, Myanmar dan kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh yang hidup dalam kesusahan, kedaifan dan ketakutan. "Apalah makna Aidilfitri tanpa kehadiran keluarga dan sekadar hidup di muka bumi ini sebagai pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)," kata Ziaur Rahman kepada Bernama. Apapun, beliau memuji rakyat Malaysia kerana kaumnya mendapat pembelaan di negara ini. Sementara itu, Abdul Ghani Abdul Rahman, 48, yang telah lima kali menyambut 1 Syawal di negara ini, ber...